Tuesday, 10 February 2015

Minuman Detox

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
air detox

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.
Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
- Mencuci dalaman perut dan usus
- Menurunkan berat badan
- Mengempiskan perut
- Melegakan sakit tekak
- Mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
- Membuang toksin dalam badan
- Mengurangkan masalah selsema
pix_gal1

Sunday, 18 January 2015

Apple GALA & GRANNY SMITH di percayai tercemar

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.
   
"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.
   
Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan 'Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera' di sini, hari ini.
   
Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.
   
Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
   
Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel. - Bernama